Monday, 2 October 2017

Pengenalan 

Menguasai Kemahiran Belajar

Menurut Alvin Toffer, "manusia yang buta huruf, bukan yang tidak tahu membaca atau menulis tetapi mereka yang tidak mahu belajar dan belajar semula."


Mengapakah kemahiran belajar penting ?

Belajar untuk belajar adalah proses asas seseorang individu mencari kemahiran dalam kehidupan. Sebenarnya, seorang pelajar yang cemerlang dan bermotivasi akan belajar bagaimana cara belajar yang berkesan untuk dirinya sendiri. Namun, setiap orang mempunyai cara, gaya, motivasi, personaliti dan matlamat yang berbeza.

Menerokai Kemahiran belajar berkesan

Kaedah 1: Membaca sambil mencatat, memahami dan mengingat
Prosesnya ialah sebelum membaca buku, pelajar perlukan 
  1. buku rujukan 
  2. memegang sebatang pen atau pensel
  3. buku nota atau kertas untuk catatan
Pelajar membaca dengan tekun buku rujukan dengan menggaris dan menanda isi-isi penting.
Dengan catatan ini akan memudahkan pelajar memahami dan mengingat.

Kaedah 2 : Membuat Rangka Kasar dan Peta Minda
Ia akan menjadikan pemikiran anda teratur. Rangka kasar ini juga boleh menjadi nota ringkas yang membantu anda mengulang kaji pada hari-hari terakhir sebelum peperiksaan.

Kaedah 3 : Menggunakan kaedah SQ3R



S = Survey atau Meninjau
Q = Question atau Menyoal
3R = Read atau Membaca
         Recite atau Mengucapkan
         Review atau Mengulangi





a) S = Survey atau Meninjau

Melalui kaedah ini anda mesti memulakan meninjau keseluruhan topik atau buku iaitu membaca kesemua tajuk-tajuk utama dan tajuk-tajuk kecil dalam buku.
Tujuannya : pelajar dapat gambaran kasar atau perspektif keseluruhan tentang topik yang akan   dibaca.

b) Q = Question atau Menyoal

Menyoal akan membantu anda belajar kerana ia membuat anda berfikir dan berusaha mencari jawapan. Soalan akan mencabar anda meluahkan apa yang telah anda pelajari dan difahami.


c) R =  Read atau Membaca

Kaedah 'R' pertama ialah membaca dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Anda perlu terus membaca dan memahami apa yang dibaca semasa melalui kaedah ini. Bacaan ini merangkumi bacaan buku rujukan, nota ringkas peta minda, gambar, rajah, peta, graf dan lain-lain.

d) R = Recite atau Mengucapkan

Kaedah kedua 'R' ialah setelah membaca sesuatu perenggan, berhenti dan ucapkan semula fakta-fakta utama dengan sederhana kuat. Lakukan ini dengan tidak melihat kepada buku rujukan.

e) R = Review atau Mengulangi

Kaedah ketiga 'R' ialah mengulangi kembali apa yang telah dibaca tadi. Proses pengulangan akan menjadikan anda lebih mengingati apa yang telah dibaca.


Kesimpulan

Kaedah SQ3R mungkin kelihatan agak lambat dan sukar. Namun, ia adalah satu kaedah yang telah diuji keberkesanan dan ramai pelajar yang telah mendapat manfaat darinya. Adalah wajar anda memahirkan diri sehingga ia mendatangkan hasil.

CONTOH VIDEO TEKNIK MEMBACA SQ3R